Friday, 9 June 2023

BERNIAGA ELAK SIKAP SALING MENJATUHKAN

 
Antara adab yang orang berniaga kekadang lupa adab menghormati perniagaan orang lain. Tidak kisahlah kecil atau besar perniagaan orang lain, itu soal kedua. Yang pasti, hormatlah perniagaan orang lain kerana hanya orang berniaga tahu perit jerih dalam dunia perniagaan.
 
Ingatlah, dalam perniagaan ada macam-macam. Senyum tidak semestinya manis. Ketawa tidak semestinya gembira. Kereta besar tidak semestinya kaya. Pakai kapcai tidak semestinya gagal berniaga.
 
Masing-masing punya cerita, masing-masing punya jalan mereka. Hormat menghormati sesama orang berniaga akan menambah rangkaian mereka.
 
Menjatuh dan memperlekeh hanya membawa kepada jatuhnya karisma, kredibiliti dan menuju ke jalan mati perniagaan sendiri. Berusahalah menaikkan perniagaan sendiri tanpa perlu menjatuhkan perniagaan orang lain.
 
Dalam perniagaan memang ada persaingan. Bersainglah dengan sihat. Kerana persaingan kita lebih berdaya saing. Peluang untuk maju lebih terbuka luas. Lebih kuat dan lebih dikenali.
 
Banyak perniagaan lingkup bukan disebabkan persaingan. Tanpa persaingan banyak yang menjadi lalai dan akhirnya berkubur. Persaingan sebenarnya saling melengkapkan. Tanpa sedar, pesaing banyak membantu.

No comments:

Post a Comment