Dikatakan ada sejenis kuih dipanggil “buah
mulung”. Ia agak terkenal di Kelantan pada puluhan tahun dahulu. Namun,
sekarang ini nama itu seakan-akan tenggelam dan tidak dikenali lagi. Malah,
banyak orang tidak lagi dapat “menjelaskan” mengenai buah mulung itu.
Ada orang kata, buah mulung adalah onde-onde
atau buah melaka adalah sama. Nama onde lebih terkenal dan disebut banyak orang
berbanding buah mulung menyebabkan nama buah mulung terus dilupakan.
Ada riwayat lain pula mengatakan buah
mulung berbeza dengan onde-onde biarpun nampak sama. Buah mulung berintikan kacang
merah, sedangkan onde-onde berintikan nise atau gula melaka. Dikatakan juga
buah mulung ada kuah seperti atau seakan-akan kuah kuih butir nangka.
Kepada sesiapa yang “pasti” tentang
ciri-ciri kuih mulung, harap dapat buat catatan di ruang komen.
Gambar di atas adalah onde-onde yang dijual oleh
Abe Li Bertam di Kampung Padang Bongor.
Yang ini pun dikenali buah mulung
No comments:
Post a Comment