Menjadi amalan kita
mengucapkan takziah atau penyataan turut bersedih di atas sesuatu peristiwa,
terutama kematian seseorang. Sekarang ini cara paling menjadi pilihan adalah
melalui media maya seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan
sebagainya.
Antara saluran paling digemari ialah ucap takziah di kumpulan WhatsApp. Apabila ada yang mula ucapkan kepada seseorang, maka yang lain akan melakukan perkara yang sama. Malah ada yang sekadar salin dan tampal.
Berpuluh-puluh dan sehingga melebihi seratus ucapan akan dititipkan. Bahkan beberapa hari kemudian masih ada yang terus ucapkan kerana mungkin tidak perasan atau tidak sempat kerana terlalu banyak mempunyai kumpulan WhatsApp yang disertai.
Kumpulan WhatsApp biasanya menjadi “aktif” apabila ada berita kematian. Masing-masing akan mengirimkan ucapan takziah dan doa.
Sebab itu, ada orang menggelarkan “kumpulan WhatsApp takziah”.
Ada pendapat mengatakan tidak wajar kita mengucapkan takziah di kumpulan WhatsApp, melainkan orang yang pertama sebagai satu pengumuman untuk makluman ahli kumpulan.

Ucap takziah adalah perkara peribadi. Elok jika kita ucapkan terus ke mesej peribadi. Ia lebih memberi satu hubungan yang bermakna. Boleh tulis mesej yang istimewa atau berbentuk peribadi. Ia dianggap lebih ikhlas dan menyentuh perasaan.
Kalau tulis di kumpulan WhatsApp, amat terbuka. Bahkan lebih teruk jika sekadar salin dan tampal. Paling tidak bertanggungjawab apabila sekadar diteruskan mesej yang diterima sebelum itu.
Lebih kelakar lagi apabila ada yang mengucapkan takziah kepada seseorang, sedangkan orang berkenaan tidak ada dalam kumpulan WhatsApp. Ucapan itu tentu tidak sampai kepada yang ditujukan ucapan itu.
No comments:
Post a Comment