Monday 8 August 2022

SERUNDING SUZARA KAMPUNG LAUT

  
Diasaskan pada tahun 1970, Serunding Suzara adalah antara jenama terkenal pengusaha serondeng di Kampung Laut, Kelantan. Edaran Serunding Suzara kini bukan sahaja di sekitar Kelantan, tetapi di seluruh Malaysia dan melepasi sempadan antarabangsa apabila ia sering menjadi bekal mereka ke luar negara. 
 
Bermula di bangunan yang terletak di tepi Sungai Kelantan, Kampung Laut, kilang dan kedai Serunding Suzara beralih ke lokasi sementara beberapa tahun lalu bagi memberi laluan kepada pembinaan Laman Warisan Seni Kampung Laut yang dibangunkan oleh Kerajaan Kelantan, kini beroperasi di bangunan khusus yang disedikan kepada pengusaha serondeng di Laman Warisan Seni Kampung Laut. 
 
Di kawasan tersebut menghimpunkan 10 pengusaha dan penjual serondeng, di mana Serunding Suzara beroperasi di Lot 6. Selain ruang pameran dan jualan, kilang memproses serondeng berada di bahagian dalam. 
 
Selain menjual serondeng, di kedai tersebut juga terdapat pelbagai produk makanan yang dihasilkan pengusaha di Kelantan seperti kerepek, budu, keropok, gula-gula, jeruk buah dan sebagainya. 
 
Serunding Suzara mementingkan kualiti dan cita rasa asli serondeng yang dihasilkan. Jenis serondeng yang dihasilkan ialah serondeng daging (daging tempatan dan import), serondeng ikan dan serondeng ayam. 
 
Permintaan terhadap produk Serunding Suzara memang tinggi, terutama pada masa bulan puasa dan perayaan. Ada pelanggan yang terpaksa membuat tempahan seawal sebulan sebelum bulan Ramadan. 
 
Selain menghasilkan serondeng, Serunding Suzara turut menghasilkan dodol dan gelembung buaya yang diakui antara yang terbaik di Kampung Laut, bahkan juga di Kelantan.
 

 

No comments:

Post a Comment