Apa yang kita tulis, tentu sekali kita
ingin seramai mungkin membacanya. Pendapat kita, ilmu yang ingin kita sebarkan,
pengalaman ingin dikongsikan, tentu sekali kita ingin banyak orang membacanya.
Kalau ia disebarkan dalam bentuk video pun begitu juga.
Untuk kita mendapat lebih banyak pembaca atau
penonton, kita perlu sebarkan di tempat banyak orang dapat mencapainya.
Kalau akaun kita di media sosial masih
belum banyak rakan atau pengikut, kita perlu mencari cara lain yang boleh
dibuat untuk meluaskan capaian penulisan kita. Menulis di kumpulan atau halaman
lain adalah salah satu cara, selain terus kekal menulis di akaun sendiri.
Kita perlu bersedia untuk besarkan
lingkungan dan luaskan capaian. Itu cara dilakukan kebanyakan orang berjaya di
media sosial. Biarpun dia telah ada pengikut yang banyak, mereka masih singgah
di kumpulan dan halaman lain untuk melebarkan maklumat mengenai diri sendiri.
Dia sedar bahawa biarpun telah banyak pengikut
dan dikenali ramai, hakikatnya masih ada banyak lagi yang tidak mengenalinya.
Jadi, apabila dia turut menulis di kumpulan dan halaman lain, bermakna dia akan
mendapat lebih banyak pengikut.
Sedar diri, sedar ruang, sedar mesej dan
sedar khalayak. Perubahan adalah ciri-ciri ikhtiar. Jangan terperangkap dalam
realiti yang boleh diubah jika ada daya bereksperimen dengan hidup.
No comments:
Post a Comment