Tuesday, 30 August 2022

KELEBIHAN BERNIAGA SECARA DALAM TALIAN

 
Perniagaan secara dalam talian semakin berkembang. Bilangan mereka yang menjadi usahawan dalam talian bertambah mendadak dan banyak yang mencapai status jutawan. Woow pasti hebat. 
 
Sesiapa saja boleh menceburi bidang perniagaan dalam talian asalkan ada gajet untuk melayari internet. Perkara ini tiada masalah kerana kebanyakan orang memiliki telefon pintar. Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. 
 
Ramai orang sudah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram, Whatssap, Twitter, Tiktok dan sebagainya. 
 
Hendak mulakan perniagaan dalam talian tidak sukar. Berikut tips mudah untuk memulakan perniagaan dalam talian: 
 
1. Tidak perlu buat produk sendiri. 
Berniaga libatkan produk. Mesti ada produk, tetapi tidak mesti produk sendiri. Anda boleh pasarkan produk sedia ada di pasaran. Itu lebih mudah kerana jenama telah terkenal. Tidak perlu pening kepala nak buat produk sendiri dan keluarkan modal besar. 
 
Hubungi pengeluar untuk mendapat produk dengan harga lebih murah berbanding di pasaran. Dapatkan maklumat mengenai produk dan turus buat promosi di media sosial. 
 
Lagi mudah jika ada menjadi dropship. Banyak tawaran untuk jadi ejen dropship diiklankan di media sosial. Cara ini lebih mudah kerana tidak perlu keluar modal, tidak kena simpan stok dan segala urusan dilakukan oleh pihak lain. Tugas kita hanya membuat promosi dan berhubung dengan bakal pembeli. 
 
2. Jangan terlampau fikir untung. 
Untung memang matlamat perniagaan. Namun, jangan terlalu meletak sasaran untuk mendapat sejumlah untung dalam tempoh tertentu. 
 
Ramai peniaga ghairah membeli banyak stok untuk mendapat harga lebih murah. Sedangkan, pengalaman dalam pemasaran belum banyak. Pelanggan belum tentu berapa orang. Jika beli banyak stok, ke mana hendak dihabiskan. 
 
Mulalah secara berperingkat-peringkat. Memang sudah biasa jika mendapat untung kecil ketika mula-mula berniaga. Sabar dan istiqamah itu penting. 
 
3. Modal yang rendah. 
Itu satu ciri perniagaan online paling diminati. Tidak perlu sewa kedai dan gaji pekerja. Semuanya boleh dilakukan sendiri di mana-mana sahaja asalkan ada sambungan internet. Beli stok sekadar yang dirasakan dapat memenuhi keperluan semasa pelanggan. Kalau jadi agen dropship tentu langsung tidak perlu modal. 
 
4. Risiko yang rendah. 
 Kalau modal rendah, maka risiko pasti rendah. Kena bijak menggagak dalam membeli stok. Jangan simpan banyak stok jika daripada jenis mudah rosak atau ada tarikh tamat tempoh penggunaan. 
 
5. Belajar ilmu pemasaran. 
Pemasaran adalah pokok kepada perniagaan.  Tanpa pemasaran berkesan, produk tidak akan mendapat pembeli. Sekarang mudah untuk belajar ilmu pemasaran secara dalam talian mahupun seminar atau kursus singkat yang disediakan oleh usahawan dalam talian yang telah berjaya. 
 
6. Kejujuran. 
Pastikan anda jujur dalam perniagaan dalam talian. Iklan yang tepat dan sesuai dengan produk amat penting. Jangan menipu bakal pembeli dengan iklan yang tidak tepat. 
 
7. Tepati janji 
Jika ada pembeli, pastikan produk dihantar seperti yang dijanjikan dari segi kuantiti, kualiti dan masa pengiriman.

No comments:

Post a Comment