Sunday 19 June 2022

BUDAK SUKA MAKAN PISANG RAJA

 
Pisang raja merupakan salah satu spesis pisang yang ada di Malaysia. Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek. 
 
Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca. Pisang raja tidak banyak dalam pasaran tempatan. 
 
Pokok pisang raja agak besar dan tinggi dan memerlukan masa sehingga setahun setengah untuk mengutip hasilnya. 
 
Jenis pisang ini juga berdepan dengan patah tandan. Jika buah sudah matang, ia boleh diperam sehingga masak. Jika buah masih muda, elok diambil untuk dibuat kerepek. 
 
Buah pisang raja yang matang berwarna kuning terang dan isinya juga berwarna kekuningan. serta beraroma. 
 
Buah pisang raja mudah dikopek. Budak-budak pun boleh kopek sendiri. Isinya pejal dan beraroma. Sedap dimakan dan berkhasiat. Budak-budak pun suka.

No comments:

Post a Comment