Sunday, 14 March 2021

Rayu kebenaran penganut Kristian guna kalimah Allah

 
Kerajaan perlu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan. 
 
Dalam sesuatu keputusan Mahkamah Tinggi boleh dibuat rayuan untuk keputusan sebaliknya di Mahkamah Rayuan. 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 memutuskan penganut Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan. 
 
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill. 
 
Rakyat perlu menghormati keputusan mahkamah, tetapi Kerajaan yang mewakili rakyat perlu membuat rayuan di Mahkamah Rayuan sebagai mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam. 
 
Tindakan membuat rayuan adalah selari dengan kedudukan Kerajaan Pusat sebagai kerajaan Islam. Menjadi tanggungjawab kerajaan Islam untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

No comments:

Post a Comment