Kira-kira
20 kilometer dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang dinamakan Teluk Sari. Nama
Teluk Sari dikatakan berasal daripada perkataan "sehari" kerana
kebiasaan para pedagang yang berlayar dari Kelantan, Terengganu, Pahang,
Tanah Jawa, Banjar dan lain-lainnya akan singgah di Teluk Sari sebelum
meneruskan pelayaran mereka.
Teluk
Sari terletak di antara Penyabung dan Tanjung Resang di dalam mukim Endau,
Johor.
Teluk
Sari atau Kampung Mawar pernah menjadi sebuah tempat yang terkenal suatu ketika
dahulu. Pantainya yang indah, permukaan muka bumi yang rata menyimpan pelbagai
khazanah dan kisah.
Tanah
perkuburan yang terdapat di sini agak padat dengan kubur. Apa yang menakjubkan. kubur yang paling baru bertarikh 1945 dan yang lainnya kebanyakkannya tidak
bertarikh. Ini menunjukkan, tempat ini pernah menjadi tumpuan orang suatu
ketika dahulu.
Dikatakan
juga, sebelum kampung-kampung lain dibuka, seperti Kampung Teriang Besar,
Penyabung, Kampung Sungai Bebuta, Kampung Sungai Mengkuang dan lain-lain kampung di sekitar
Endau, Teluk Sari atau Kampung Sungai Mawar adalah penempatan terawal di Endau.
Kedudukannya
strategik serta terlindung dengan pulau-pulau kecil menjadikan Teluk Sari
sebuah tempat yang menarik dan sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti
selain aktiviti perikanan seperti perdagangan dan pentadbiran pada suatu ketika
dahulu.
No comments:
Post a Comment