Pulau
Sibu, Johor mempunyai pantai yang sangat cantik, air lautnya jernih dan sesuai
untuk mandi-manda. Pemandangan persisiran pantai yang indah dengan pohon kelapa
yang melambai sungguh mendamaikan. Dengan berbagai aktiviti menarik yang ada,
percutian di Pulau Sibu pasti memberikan kepuasan dan meninggalkan kenangan indah.
Berkeluasan
panjang 6 kilometer merupakan salah satu gugusan pulau yang indah di Laut Cina
Selatan di persisiran laut Johor. Antara pulau-pulau yang berdekatan ialah
Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau
Sibu terletak kira-kira 12 kilometer dari daratan utama daerah Mersing.
Selain
menyajikan pemandangan indah di darat, di dalam dan dasar laut mempunyai coral
serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai
sebuah Taman Laut pada tahun 1993.
Pengunjung
yang ingin ke Pulau Sibu perlu menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman. Perjalanan
dengan bot ke Pulau Sibu mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Terdapat
sebuah perkampungan nelayan di Pulau Sibu iaitu Kampong Duku. Kampung ini
dihuni oleh kira-kira 150 orang penduduk dari 40 keluarga. Terdapat pos polis,
masjid, sekolah, klinik dan gerai minuman disini. Perkampungan ini dijanakan
sepenuhnya oleh janakuasa solar.
Pengunjung
boleh melawat kampung ini untuk melihat cara kehidupan masyarakat nelayan dan
aktiviti yang dilakukan oleh penduduk seperti mengeringkan isi kelapa untuk
dijadikan kopra.
No comments:
Post a Comment