Dalam sehari dua ini, 'jenaka' lompat pagar menjadi
bahan kreativiti di media sosial. Semuanya gara-gara tindakan seorang menteri terpaksa
'melarikan diri' dari satu program sehingga terpaksa 'lompat' pagar. Gambar menteri lompat pagar itu tular di media sosial.
Dan seperti biasa, warganet memang kreatif. Macam-macam
jenaka yang dimuatkan di media sosial sama ada ditujukan terus kepada menteri berkenaan
dan ada yang sekadar membuat sindiran, namun difahami umum maksudnya.
Daripada banyak gambar yang 'dipersembahkan' di
media sosial, cukup dua keping dipaparkan di sini.
Pertama, seorang lelaki memanjat tembok rumahnya
dengan caption "kunci pagar tak bawa pulak, terpaksa lompat pagar."
Manakala yang kedua, gambar jantung pisang yang
diberi caption "KATEGORI MANA UMBI PAGAR ALEK JIRAN MANOKALO JATONG ALEK
AMBO...PISE PUN LOPAK PAGAR JUGOK DIH ..."
Walaupun kedua-dua gambar dan caption itu tidak
secara langsung menyebut mengenai kejadian menteri lompat pagar, ia memang dimaklumi
sebagai satu sindiran kepada kejadian itu.
Beginilah kreatif warganet dalam memberi reaksi
dalam sesuatu isu yang berlaku di negara kita, lebih-lebih melibatkan individu yang
sudah ada banyak 'kes' sebelum ini atau lebih tetap dia sering menjadi perhatian
warga maya di negara kita.
No comments:
Post a Comment