Ibu
baru bersalin semasa berpantang perlu menjaga pemakanan. Ibu bersalin perlu
makan makan berkhasiat dan kaya serat untuk mempercepatkan proses pemulihan
tenaga dan kesihatan.
Pemakanan
yang baik juga dapat membantu pengeluaran susu lebih banyak untuk penyediaan
susu secukupnya kepada bayi. Sumber makan mahupun minuman kaya vitamin dan
mineral, serta serat perlu diutamakan dalam setiap menu semasa berpatang.
Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar, terutama ulam-ulaman kerana boleh dimakan begitu sahaja. Pengambilan ulam herba dapat membantu pemulihan tenaga lebih cepat.
Sayur
eloknya dimakan mentah. Namun jika perlu dimasak, masak yang simple sahaja.
Kalau boleh, elakkan pengguna santan yang kaya dengan lemak. Ibu dalam pantang
tidak sesuai makan makanan berlemak.
Elakkan
juga minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, nenas, kelapa
muda, dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini menyebabkan sakit sendi dan otot
semasa berpantang kerana pada masa ini, memang sel sel baharu hendak pulih
seperti sediakala.
Elakkan
memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan menyebabkan nifas berbau dan
melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ikan berbisa seperti keli,
pari juga tidak digalakkan dimakan.
Digalakkan
untuk memakan ikan haruan kerana memang terbukti ikan haruan ini mempercepatkan
penyembuhan luka-luka di badan. Kalau susah hendak dapatkan ikan haruan
hidup, boleh didapati dalam bentuk pati atau kapsul.
Sepanjang berpantang elok amalkan set ibu lepas bersalin yang banyak di pasaran sekarang. Ia lengkap dengan keperluan ibu bersalin. Set ibu bersalin berasas ciri rawatan tradisional, tetapi diolah secara moden untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
Sepanjang berpantang elok amalkan set ibu lepas bersalin yang banyak di pasaran sekarang. Ia lengkap dengan keperluan ibu bersalin. Set ibu bersalin berasas ciri rawatan tradisional, tetapi diolah secara moden untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
No comments:
Post a Comment