Di New Zealand tidak ada
ular dan labah-labah. Malah apa-apa haiwan pemangsa pun boleh dikatakan tidak ada.
Bila disemak di internet memang betullah, kalau ada haiwan pemangsa pun itu bukan asal dari sini, ada orang bawa dari luar.
Mengikut info dari internet, hanya satu jenis mamalia sahaja yang berasal dari sini iaitu sejenis kelawar. Itu sahajalah binatang "penduduk asal" di sini. Binatang lain semuanya dibawa oleh manusia.
Oleh kerana tiada sebab untuk manusia bawa ular dan binatang bahaya ke sini dan hanya dibawa binatang yang berguna, maka jadilah New Zealand negara yang tiada binatang bahaya.
Sebab itulah di lapangan terbang New Zealand, bio security sangat ketat. Semua benda hidup tidak boleh dibawa, buah-buahan dan haiwan.
Siapa yang takut ular, bolehlah pindah tinggal di New Zealand.
No comments:
Post a Comment