Dengan
harga RM10 untuk 30 hingga 60 ekor udang goreng celup tepung dianggap berharga
murah. Itulah harga udang celup tepung yang ditawarkan peniaga di Pantai Penarik,
Terengganu. Perang harga di kalangan peniaga di kawasan pantai peranginan itu
ternyata memberi peluang untuk pelanggan mendapat harga udang celup tepung
lebih murah berbanding di tempat lain.
Pelanggan boleh
memilih ukuran atau saiz udang yang akan menentukan bilangan ekor udang untuk
harga RM10 sepinggan. Bagi yang datang ramai, biasanya memilih saiz kecil yang
membolehkan bilangan udang sehingga 60 ekor.
Tindakan peniaga di
Penarik yang sememangnya telah lama terkenal sebagai lokasi makanan laut
menawarkan harga gila-gila mampu mengubah persepsi segelintir masyarakat dan
pelancong yang beranggapan negatif bahawa udang celup tepung mahal dan hanya
mampu dimakan golongan tertentu.
Rata-rata pelanggan
mengakui harga yang ditawarkan agak murah. Kira harga mampu beli oleh
kebanyakan orang. Tidak rungsing kena bayar mahal biarpun datang satu keluarga
sehingga 10 orang.
Fenomina udang celup
tepung murah di Penarik mendapat perhatian ramai. Orang ramai melalui kawasan
tersebut tidak teragak-agak untuk singgah di situ.
Iklan besar yang memaparkan
harga dan bilangan ekor udang menarik minat orang ramai. Tambah lagi, lokasi
kebanyak kedai berada berhampiran pantai. Sambil menikmati hidangan udang celup
tepung, pengunjung dapat menikmati suasana tepi pantai yang nyaman.
Harga yang jelas dan
kebanyaknya konsep layan diri yang pembeli boleh mengetahui harga yang patut
dibayar sebelum makan, pembeli tidak akan terperangkap dengan harga mahal
terpaksa dibayar apabila selesai makan.
Pilih dan terus bayar
sebelum makan membolehkan pelanggan menilai sendiri harga yang ditawarkan.
Sebab itu ramai yang tambah hidangan apabila berpuashati dengan harga dan rasa
yang dinikmati.
Selain udang celup
tepung, ada juga disediakan sotong celup tepung dan ikan celup tepung serta
masakan lain. Namun yang paling mendapat sambutan sudah tentu udang celup
tepung.
Bekalan udang
biasanya diperoleh dari penternak udang yang terdapat di Penarik dan Fikri.
Pengusahan penternakan udang secara ladang berskala besar di kedua-dua kawasan
ini membekalkan udang segar dan murah kepada peniaga.
No comments:
Post a Comment