Sebenarnya sembahyang
tarawaih boleh dilakukan berseorangan dan berjamaah di mana-mana sahaja. Masa tarawih bukan juga mesti ditunaikan
sebaik selesai sembahyang Isyak. Masa
untuk sembahyang boleh dilakukan sehingga sebelum masuk waktu subuh.
Apa yang berlaku
disebabkan jahil akibat ritual. Ritual
bermaksud tatacara dalam upacara keagamaan, adat dan sebagainya. Amalan ritual lahir dari satu kebiasaan yang
diterima dan dilakukan dalam masyarakat.
Walaupun berkaitan
dengan ibadat, sedangkan niat sebenarnya dilakukan kerana satu kebiasan. Maka, ibadat itu tidak diterima oleh Allah
sebagai satu ibadat.
Termasuk dalam yang
banyak dianggap ritual dalam masyarakat kita ialah ibadat puasa. Dalam masyarakat mengamalkan konsep ritual,
sesiapa tidak ikut serta program yang diadakan sepanjang Ramadan dipandang
serong.
Maka atas semangat
ritual, ramailah yang memenuhi masjid dan surau menunaikan tarawaih. Disebabkan sembahyang tarawaih telah diterima
sebagai ritual, ada orang bersembahyang tarawaih, tetapi tidak menunaikan
sembahyang fardu lain. Mereka hanya
menunaikan sembahyang fardu Isyak yang dilakukan sebelum sembahyang
tarawaih.
Masjid dan surau
biasanya penuh hanya pada awal bulan Ramadan. Sebaliknya hal itu semakin berkurangan apabila penghujung bulan
Ramadan. Pada ketika itu, masing-masing
sibuk pula kepada sambutan Aidilfitri, yang lebih jelas ritualnya.
Masyarakat masih
tidak dapat membezakan antara hukum dan kebiasaan. Mana yang wajib dan mana yang sunat. Justeru, amat penting guru agama dan pak imam
memberi penjelasan mengenai perkara ini. Kaedah hanya menyuruh dan tidak mendidik adalah antara punca berlaku
amalan ribual dalam ibadat.
Sebenarnya konsep
puasa ritual ini disebabkan kejahilan ilmu agama dan tahap keimanan. Ramai beranggapan sudah memadai jika berpuasa
sekadar menahan diri daripada melakukan perbuatan membatalkan puasa.
Orang jahil melakukan
puasa sekadar mengikut apa yang orang kebanyakan lakukan. Orang lain berpuasa, dia juga berpuasa. Memang tidak sukar melakukan puasa sebab ia
telah dilakukan sejak ketika sekolah rendah lagi.
Apabila telah dewasa,
ibadat puasa sudah menjadi kebiasaan. Hal yang sama diturunkan kepada anak dan begitulah dari satu generasi ke
satu generasi.
Kesempurnaan
melakukan sesuatu ibadat tidak hanya apabila cukup syarat sah dan batal. Sebaliknya nilai ibadat bergantung kepada
kefahaman, keimanan dan ketakwaan orang yang melakukannya.
Orang yang berpuasa
bukan diasaskan rasa keikhlasan dan ketakwaan tidak merasai nikmat sebenar
puasa. Ketika orang beriman merasai
kemanisan berpuasa, orang yang tidak ikhlas melakukannya dalam keadaan
menderita menahan lapar dan dahaga.
No comments:
Post a Comment