Tuesday, 29 November 2016

MENGAPA TERJADI PENYAKIT GOUT

Penyakit gout berpunca pengumpulan hablur asid urik pada sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini disebabkan metabolisma tubuh tidak normal yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka menghadapi kesukaran mengeluarkan  asid urik dari tubuh. 

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya  membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). 

Namun bagi  pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan: “Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.” - (Hadis riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta.

Namun khazanah yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.

Penyakit gout dianggap antara penyakit tertua. Ia dikesan sejak lebih 2,000 tahun lalu. Gout boleh dianggap penyakit lelaki. Jika ada pun wanita mengidap gout, kemungkinan berlaku hanyalah selepas mengalami menopaus.

Perkataan “gout” berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’. Pesakit-pesakit yang menghidapi gout biasanya mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. 

Kira-kira 75 peratus kes serangan pertama gout berlaku pada bahagian ibu jari kaki, kemudian merebak menyerang sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Masalah gout boleh diatasi dengan meningkatkan pengaliran darah untuk membuang asid urik. Perkara ini dapat dilakukan dengan meminum lebih banyak air dan mengambil pemakanan tambahan yang mempunyai fungsi khas untuk melancarkan pergaliran darah.

Jika tidak dirawat, penyakit gout boleh membawa maut. Jangan biarkan diri dibebani penyakit sebenarnya boleh diubati.

Penyakit gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). 

Ciri hyperuricemia adalah penyebab utama gout. Bagaimanapun, terdapat kes individu aras asid urik yang tinggi, tetapi tidak mengidap penyakit gaut.

Gout boleh dianggap penyakit lelaki. Jika ada pun wanita mengidap gout, kemungkinan berlaku hanyalah selepas mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit. Kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Jangan biarkan penyakit ini terus merebak sehingga tidak dapat dirawat lagi. Ingat, penyakit gout boleh membawa maut. Bertindak segera. 

Kita hanya berusaha, Allah jua yang menyembuhkan. Tetapi, tanpa usaha sudah pasti ia tidak akan mengubah apa-apa. Cuba, berdoa dan bertawakal kepada Allah agar penyakit ini dapat disembuhkan. 

No comments:

Post a Comment