Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) adalah perkhidmatan
kereta api antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB). ETS bergerak sehingga 140 km/j menjadikan ia satu tarikan pengguna
untuk sampai di satu-satu destinasi.
ETS mula dilancarkan pada Ogos 2010 memang menjadi pilihan
pengguna memandangkan ia selesa dan mempunyai banyak kelebihan.
Perkhidmatan ETS itu juga menawarkan kelas perniagaan yang
lebih premium dan memberikan keselesaan kepada penumpang.
ETS menawarkan tiga jenis perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan perjalanan penumpang iaitu:
- ETS Platinum – Perkhidmatan ini berhenti di stesen
terpilih sahaja.
- ETS Gold – Kelajuan sederhana dengan lebih banyak hentian.
- ETS Silver – Pilihan ekonomi, berhenti di semua stesen.
Tak kira sama ada anda mengejar masa, mahukan keselesaan,
atau mencari nilai terbaik, ETS sentiasa ada untuk menjadi pilihan pengguna.