Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan menerima kunjungan wakil dari Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika
Syarikat (USAID) untuk menilai keperluan yang boleh dibantu oleh agensi
tersebut berdasarkan situasi bencana banjir di Kelantan.
Kunjungan dan perbincangan USAID dengan BSMM Negeri Kelantan adalah satu pengiktirfan agensi yang terlibat di seluruh dunia itu. Banyak perkara dibincangkan wakil USAID dengan BSMM Negeri Kelantan yang diwakili setiausahanya, Nik Mohd Mustakim Yusoff.
Kerjasama yang dilakukan melalui individu, komuniti dan negara di seluruh dunia untuk meningkatkan kehidupan seharian. Usaha USAID menyediakan bantuan kemanusiaan, mengurangkan kemiskinan, mengukuhkan tadbir urus demokratik, memajukan peluang ekonomi dan membantu mencapai kemajuan melangkaui program.
Aktiviti USAID memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia. Pelaburan USAID membantu mencapai kemajuan pembangunan mampan, memajukan keselamatan, kesihatan dan kemakmuran kolektif sejagat.
No comments:
Post a Comment