Tuesday, 17 December 2024

PERALATAN DI RUMAH YANG JARANG DIMANFAATKAN

 
Dalam kebanyakan rumah, banyak peralatan seperti ini akhirnya hanya menjadi beban. Ia jarang digunakan, mengambil ruang, dan akhirnya masuk ke stor atau jadi barang perhiasan tanpa manfaat sebenar.
 
Banyak orang membeli kerana terpengaruh dengan iklan dan melihat ia digunakan oleh jiran atau ahli keluarga lain. Maka, tidak mahu ketinggalan berbanding orang lain, dibelikan juga peralatan itu.
 
Antara peralatan tersebut ialah kerusi urut dan katil urut. Memang peralatan itu ada kebaikan jika benar-benar digunakan. Ia untuk kesihatan dan kecergasan. Tetapi, realitinya tidak banyak orang menggunakannya apabila ada di rumah. Kadang-kadang, kerusi urut hanya jadi perhiasan mahal di sudut rumah.
 
Satu lagi alatan yang sama fungsinya ialah alatan senaman di rumah. Macam-macam jenis alatan senaman yang ada. Malangnya ia juga tidak dimanfatkan sepenuhnya. Ia hanya digunakan pada permulaan sahaja. Sepatutnya, sebelum mengambil keputusan membeli, mulakan dengan rutin senaman biasa dulu untuk pastikan anda betul-betul komited dan perlu kepada alatan itu.

No comments:

Post a Comment