Friday 12 May 2023

CARA BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN BIRAS

 
Biras adalah hubungan saudara antara dua orang (sama ada lelaki atau perempuan) yang berkahwin dengan dua adik-beradik. Penjelasan lain maksud biras ialah pasangan (isteri atau suami) kepada ipar (kakak, abang, adik) seseorang.
 
Berbiras bermaksud mempunyai hubungan saudara selaku biras.
 
Hubungan biras perlu dijaga agar sentiasa dalam keadaan baik kerana ia turut mempunyai kaitan dengan hubangan adik beradik suami atau isteri kita.
 
Jika antara biras bergaduh atau mempunyai hubungan regang, maka ia akan mempengaruhi hubungan suami atau isteri kita dengan adik beradiknya.
 
Pergaduhan itu akan turut mempengaruhi hubungan dengan ibu atau bapa mentua. Ada mentua yang akan masuk campur dalam hal hubungan menantu-menantunya. Akan ada menantu yang dimenangkan atau disokong.
 
Untuk menjaga hubungan biras, amalkan sikap dan perasaan bahawa biras kita itu sama seperti adik beradik. Kasih sayang dan hubungan akan lebih akrab.
 
Paling penting cara untuk menjaga hubungan biras ialah jangan ada sikap dengki dan adu domba. Jangan gunakan kedudukan mentua untuk kepentingan diri. Hiduplah dengan penuh kasih sayang dan saling menghormati.

No comments:

Post a Comment