Gula
melaka atau dalam dialek Kelantan dikenali 'nise kerek' diperbuat daripada nira
atau dikenali juga tuak kelapa.
Selain
menggunakan nira kelapa, nise juga dihasilkan daripada nira kabung dan nira
tal. Nise yang dihasilkan dari jenis nira berbeza mempunyai keunikan rasa
masing-masing.
Nise
kerek ini biasanya digunakan bagi menggantikan gula dalam sesetengah masakan
atau pembuatan kuih muih dan memiliki khasiatnya yang tersendiri.
Proses
membuat nise kerek bermula dengan memanaskan atau memasak nira kelapa di dalam
kawah menggunakan kayu api selama lebih empat jam sebelum ia menjadi lebih
pekat.
Apabila
air tuak semakin pekat dan likat, maka ia perlu dikacau bagi mengelak ia
menjadi hangit.
Ada
teknik mengacau yang perlu dilakukan menggunakan pengacau dibuat daripada kayu.
Semasa
mengacau itu, ia perlu di'lesek' di permukaan kawah untuk menjadikan ia sebati.
Proses
mengacau ini perlu dilakukan dengan cepat dan ada seni yang menyebabkan ada
bunyi seperti pukulan gendang yang agak kuat.
Selepas
nira kelapa bertukar menjadi pekat dan likat, ia perlu diangkat dengan cepat
serta diletak di dalam acuan yang dibuat daripada daun mengkuang yang berbentuk
bulat dan seragam untuk memudahkan urusan menjual nanti.
Duan
mengkuang yang berbentuk bulat itu dipanggil kerek. Tebal atau ketinggian kerek
itu lebih kurang 1cm. Garis pusat pula lebih kurang 4 hingga 5 cm. Selain
menggunakan daun mengkuang, ada jug kerek diperbuat daripada daun tal.
Kerek
itu diletakkan di atas tikar mengkuang sebelum dituangkan nise. Proses
menuangkan ke dalam acuan perlu dilakukan dengan cepat dan teknik tersendiri
supaya nise kerek yang dihasilkan tidak rosak atau pecah.
Nise
kerek akan di'cabut' dari tikar mengkuang apabila sudah benar-benar kering
untuk dibungkus atau disimpan.
Nise
kerek boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama sehingga satu tahun jika
proses membuatnya dilakukan dengan baik, terutama ketika mengacau dan lesek
yang menjadikan ia betul-betul likat.
Nise
kerek yang asli tanpa dicampur dengan gula mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment