Monday 22 March 2021

Warung Mi Udang Nuar, Kampung Kundur, Gua Musang

 
Mi udang memang popular di mana-mana. Di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), mi udang di Dabong dikatakan antara yang terbaik. 
 
Namun, kini ada banyak pilihan mi udang di kawasan KESEDAR. Antara yang semakin dapat menarik perhatian penggemar mi udang ialah di Warung Mi Udang Nuar yang terletak di Kampung Kundur. 
 
Mi Udang Nuar menjadi pilihan kerana rasa yang sedap menepati citarasa penggemar mi udang. Selain, itu lokasinya tidak jauh dari bandar Gua Musang. 
 
Warung atau kedainya mudah ditujui. Terletak bersebelahan Masjid Muqarrobin.

No comments:

Post a Comment