Thursday 25 February 2021

MAKSUD "REBUNG TAK MIANG, BEMBAN PULA MIANG"

 
Ada peribahasa berbunyi; rebung tak miang, bemban pula miang. Peribahasa tersebut bermaksud orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar yang ikut campur. 
 
Rebung buluh ada ‘bulu’ yang boleh menyebabkan miang. Jadi, rebung memang selalu sahaja kena bulu, tetapi tidak pun mengadu kata miang. Alih-alih, pokok bemban pula yang menyalahkan buluh kononnya ia kena miang atau terasa gatal. Pokok bemban biasanya tumbuh jauh dari pokok buluh.
 
Itu analogi mudah berkaitan orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar yang ikut campur urusan anak beranak keluarga lain. 
 
Urusan parti lain, ahli parti lain pula yang lebih-lebih ambil kisah. Keputusan kepimpinan sesebuah parti diterima seadanya oleh ahli parti berkenaan. Agak dikira pelik dan tidak waras apabila ahli parti lain pula yang hendak tahu itu dan ini. 
 
Rebung tak miang, bemban pula miang. Peribahasa yang bermaksud sama ialah; buluh tak miang, bemban pula yang gatal.

No comments:

Post a Comment