Tuesday 29 November 2016

TINDAKAN PERLU DILAKUKAN KETIKA EKONOMI GAWAT

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kepada negara dan rakyat. Kesan ekonomi tidak menentu, segelintir rakyat Malaysia menerima tempias diberhentikan kerja, ada dibayar gaji rendah, perbelanjaan harian meningkat dan lain-lain.

Berikut perkara yang seeloknya jangan dilakukan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil:
- Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’
- Jangan tukar kereta baru, melainkan benar-benar perlu.
- Jangan buat hutang baru, hutang lama kambus segera.
- Elak berbelanja kepada perkara yang tidak perlu.
- Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada.  
- Jangan beli rumah mewah.   
- Elak terpengaruh dengan iklan yang mengajak berbelanja perkara yang tidak perlu.
- Kurang berbelanja perkara tidak perlu.
- Buat simpatan jika ada wang lebih.
- Elak melancong di luar negara.   
- Amalkan membeli barang tempatan untuk mengelak pengaliran keluar wang.  
- Guna barangan sehingga 'kegunaan' terakhir. 
- Jangan buang atau ditukar dengan yang baru selagi ia boleh digunakan.
- Guna pada tahap optimun. Contohnya penggunaan petrol dengan cara pemanduan berhemah.  
- Elak membazir sumber tenaga seperti elektrik dan air. 
- Jadi pengguna yang bijak, membeli hanya barang atau perkhidmatan yang perlu.

Amalan berjimat cermat bukan saja untuk menyelamatkan ekonomi diri, bahkan ia tuntutan agama Islam. Islam menggalakkan umatnya bersederhana dan berjimat cermat. 

Mereka yang melakukan usaha jimat cermat demi kebaikan dan memenuhi tuntutan agama mendapat kebaikan dan keuntungan di dunia dan akhirat.

Sifat boros dan mengikut nafsu serta tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah merupakan sifat yang dibenci Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: "Makan dan minumlah dan jangan kamu boros, sesungguhnya (Allah) tidak menyukai golongan pemboros." - (Surah al-A'araf, ayat 31).

Elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat demikian merupakan amalan buruk (amalan syaitan).

Firman Allah yang bermaksud: 'Sesungguhnya golongan pembazir adalah sahabat-sahabat syaitan.'- (Surah al-Israk, ayat 27).

Menurut al-Qurtubi, maksud sahabat syaitan adalah dari segi perlakuan buruk, membelanjakan harta terhadap perkara maksiat dan menunjukkan sifat kufur terhadap nikmat Allah SWT dan mengabaikan ketaatan kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment