Tuesday, 29 November 2016

KHASIAT DURIAN



Durian diminati kerana rasa sedap dan aroma memikat, serta kaya khsiat. Musim durian ditunggu peminat untuk menikmati raja buah itu. Terdapat jenis durian mendapat permintaan tinggi seperti raja kunyit dan penggemarnya sanggup membayar harga mahal untuk mendapatkannya. 

Antara kebaikan atau khasiat durian ialah:
- Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai anti oksidan dan anti penuaan.
- Mengandung unsur kuprum yang dapat menjaga kesihatan kelenjar tiroid.
- Mengatasi anemia karena mengandungi folat atau Vitamin B9 yang diperlukan untuk memproduksi sel darah merah,
- Meredakan stres dan mengatasi kemurungan kerana kaya dengan Vitamin B6.
- Mengatasi sembelit disebabkan isi durian banyak mengandungi serat.
- Mengatasi migrain dibantu oleh kewujudan riboflavin atau Vitamin B2.
- Kaya dengan potasium atau kalsium sehingga baik untuk kekuatan tulang dan sendi.
- Menjaga nafsu makan kerana banyak mengandung thiamin atau Vitamin B1.

Durian terdapat banyak varieti.  Untuk mudah dikenali dan rekod, Jabatan Pertanian mendaftarkan di bawah huruf 'D'. 

Jadi semua varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian bermula dengan D dan diikuti nombor.  Nombor itu tidak menunjukkan bilangan atau jujukan didaftarkan. Antara varieti telah didaftarkan ialah D24, D123 dan D197.

Terkini, antara varieti terkenal ialah D197 selain D24 yang lebih dahulu dikenali.  Durian varieti D197 didaftar atas nama Raja Kunyit.  Namun kini ia lebih dikenali Musang King.  Durian ini banyak ditanam di kawasan Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Tidak ada cara khusus untuk makan durian.  Umumnya orang menggunakan tangan untuk memegang ulas durian dan dimasukkan ke dalam mulut.  Ini bagi memudahkan kita terus memegang biji durian itu bagi mengasingkan isi durian dengan bijinya. 

Namun tidak semua orang boleh makan durian kerana bau yang kuat dan boleh menyebabkan rasa panas badan.  Ia banyak bergantung kepada amalan atau kebiasaan. Kalau tidak biasa, memang tidak suka makan durian.

Selain dimakan 'mentah', durian juga dimakan dengan pulut dan santan.  Ia juga dicampurkan di dalam pengat atau bubur untuk mendapat rasa dan aromanya.  Selain itu durian turut dijadikan perisa untuk aiskrim, kek, biskut, coklet dan sebagainya.  

Durian juga dijadikan lepuk dan tempoyak.  Kini isi durian juga dijadikan snek dalam bentuk seperti keropok.

No comments:

Post a Comment