Tuesday 29 November 2016

Amalan pantang lepas bersalin

Menjalani tempoh berpantang perkara sangat mencabar buat ibu terutama pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. Semasa bersalin, badan kehilangan banyak darah.

Oleh sebab itu, ibu tidak boleh sama-sekali mengabaikan soal penjagaan diri selepas bersalin. Tempoh berpantang yang akan memastikan badan ibu sembuh daripada luka-luka dalaman ketika bersalin.

Jika mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. 

Orang-orang tua tak mengalakkan ibu lepas bersalin membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh. Mereka juga tak benarkan kita minum terlalu banyak air dan sebagainya.

Berpantang secara tradisional memang berkesan untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan tenaga serta melancarkan fungsi kewanitaan.   

Namun, masyarakat moden hari ini sukar atau tidak mahu mengamalkan amalan secara tradisional. Gaya hidup masa kini dan kaedah perubatan moden menyebabkan tradisi dulu ditinggalkan.

Namun, tidak dinafikan, banyak yang diamalkan ibu-ibu dulu perlu diamalkan dalam kaedah inovasi baru sesuai dengan keperluan masa kini.   

Juseru banyak produk set lepas bersalin diperkenalkan dan berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment