Tuesday 29 November 2016

KELANTAN TANAH BERKAT

Seketika dulu heboh tentang tamar atau kurma hidup subur dan berbuah di Kelantan. Maka dikaitkan itu sebagi tanda Kelantan mendapat rahmat daripada Allah sebagai sebuah negeri Islam.

Hakikatnya, Thailand kini menjadi negara pengeluar kurma atau tamar yang hasilnya dieksport ke luar negara. Kita semua tahu, Thailand bukan negara Islam. Justeru, lebatnya buah tamar di Thailand tidak ada kaitan dengan sesebuah negara itu Islam atau tidak. 

Sesungguhnya, negara atau negeri Islam tidak diukur dengan banyak dan lebatnya pokok dan buah tamar.

Peng"doktrin" Islam sebagai modal mendapatkan laba politik dan kepentingan menyebabkan Islam mudah dipesongkan sesuai keinginan tertentu sekaligus memburukan imej islam di mata agama lain. 

Hanya mereka yang jumud dan malas berfikir mudah menerima doktrin Islam "kosmetik". Apa saja berkaitan dengan Islam mesti dikaitakan dengan simbol 'nilai Arab' hinggakan mengaitkan tempat yang pokok tamar berbuah dianggap sebagai tanah berkat yang turut dikaitkan dengan kewarakkan seseorang.

Buah tamar berbuah di sesuatu kawasan di luar Tanah Arab bukan kerana warak atau wali seseorang. Sebaliknya ia berkaitan dengan usaha penyelidikan dan ketekunan melakukan sesuatu usaha. 

Allah SWT akan memberi rahmatNya kepada sesiapa yang berusaha tanpa mengira agama anutan. Jadi, biarpun di Thailand majoriti penganutnya Buddha, Allah SWT tetap memberi kejayaan kepada penduduk di negara itu di atas apa yang diusahakan.

Bukan Islam lebih berjaya berbanding dengan orang Islam kerana mereka lebih tekun dan rajin membuat kajian.

Diharapkan negeri Kelantan yang digelar Serambi Makkah dan gah dengan slogan Membangun Bersama Islam, serta Kota Bharu Bandaraya Islam dapat memberi tumpuan kepada penyelidikan dan usaha untuk menanam tamar sebagai satu komoditi baru di Kelantan.

Ia sesuai benar dengan usaha yang diperjuangkan oleh Kerajaan Kelantan bahawa Pertanian Satu Ibadah. Rasanya Kelantan memang sesuai ditanam dengan tamar kerana telah terbukti tamar di negeri itu berbunga dan mengeluarkan buah. 

Kisah tamar di Kota Bharu berbuah telah heboh diperkatakan pada tahun 2014 hingga macam-macam cerita karut marut timbul. Ia menjadi perhatian ramai sehingga berpusu-pusu datang melihatnya dan turut mendapat liputan meluas media massa dan media sosial.

Satu cabaran besar kepada kerajaan Kelantan untuk membuktikan bahawa Kelantan memang tamar dapat hidup subur dan berbuah di Kelantan. Tambahan pula, kedudukan Kelantan yang dekat dengan Thailand.

Kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi.

Kebanyakan fuqaha Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek mega kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rakyat. Justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27-32 yang bermaksud: “Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu (32).”

No comments:

Post a Comment