Tuesday, 21 July 2026

MCA PALING KALAH DI NEGERI SEMBILAN

 
MCA parti paling kalah di Negeri Sembilan. Itu dakawaan atau kenyataan Anthony Loke mengenai MCA di Negeri Sembilan. Kenyataan itu timbul berdasarkan keyakinan beliau dengan kedudukan DAP di Negeri Sembilan.

Hakikatnya mudah, MCA tidak memenangi satu pun kerusi DUN di Negeri Sembilan sejak 2013.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengakui perkara tersebut. Bahkan, tiga kerusi yang diputuskan untuk tidak tandingi pula, yang diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN), penilaian MCA sendiri ialah peluang untuk menang terlalu rendah selepas mengalami kekalahan besar dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. Buat masa ini, tidak ada gunanya MCA berpura-pura sebaliknya.

Tetapi bagi tujuh kerusi yang MCA tandingi di PRN Negeri Sembilan 2026, parti itu percaya masih ada peluang untuk memberikan saingan.

MCA juga faham bahawa tiada siapa berhutang undi kepadanya.

Selepas 13 tahun tanpa seorang pun wakil MCA dalam DUN Negeri Sembilan, MCA perlu kekal rendah diri, bekerja lebih keras dan meyakinkan pengundi seorang demi seorang bahawa MCA layak diberi peluang sekali lagi untuk berkhidmat.

Hakikatnya, MCA sedang bermula semula di Negeri Sembilan.

Sebab itu MCA tidak boleh sombong dan tidak boleh mengambil mudah walau seorang pun pengundi.

Apa yang MCA boleh lakukan ialah membuktikan bahawa jika diberi peluang, wakil MCA mampu bekerja keras, berani bersuara dan menawarkan pilihan yang lebih baik kepada pengundi selepas sekian lama diwakili oleh DAP.

Jadi MCA benar-benar berterima kasih kepada Anthony Loke kerana sentiasa mengingatkan orang ramai tentang kelemahan MCA.

Kritikan membuatkan MCA terus merendah diri.

Bagi pihak MCA, Wee Ka Siong juga ingin berterima kasih kepada Anthony Loke kerana mengingatkan MCA supaya jangan sesekali mengambil mudah mana-mana pilihan raya.

MCA bersyukur kerana pengundi Johor memberi peluang kepada MCA untuk memenangi semula tiga kerusi DUN.

Mudah-mudahan pengundi Negeri Sembilan juga sudi mempertimbangkan untuk memberi MCA satu lagi peluang di beberapa kerusi. 

No comments:

Post a Comment