Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PAS memperolehi
banyak kerusi di beberapa negeri dan mempunyai paling banyak kerusi di
Parlimen. Namun, PAS yang bergabung dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional
(PN), menolak menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Pusat.
Penolakan itu dizahirkan melalui kenyataan Pengerusi PN, Tan
Sri Muhyiddin Yasin selepas mengadap Yang Dipertuan Agong.
Namun, naratif disebarkan PAS adalah UMNO menolak tawaran
kerjasama bersama PAS atas alasan PAS lebih kuat daripada UMNO, dan ada yang
beranggapan PAS akan membunuh UMNO.
PAS sebenarnya kecewa DAN menyesal dengan penolakan PN untuk
menubuhkan kerajaan perpaduan seperti dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong. PAS
terlepas peluang untuk menjadi sebahagian anggota kabinet.
Lalu mempersalahkan UMNO mengapa menerima kerjasama dengan
Pakatan Harapan (PH) yang ada di dalamnya DAP untuk membentuk kerajaan perpaduan.
PAS kena belajar menerima kesalahan sendiri. Jangan asyik
menyalahkan UMNO.
PAS tidak ikhlas bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat
Nasional (MN). PAS bekerjasama dengan Bersatu menubuhkan PN. Tetapi, PAS
menuduh UMNO punca kegagalan MN.
PAS selama-lamanya menganggap dirinya suci dan terbaik. UMNO
tidak perlu berharap kepada PAS untuk memperjuangkan Islam kerana selama ini
UMNO paling ke hadapan memartabatkan Islam di Malaysia.
UMNO terus kuat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai parti
membela agama dan bangsa.
Gambar sekadar hiasan
Gambar Mesyuarat UMNO Cawangan Lorong Masjid


No comments:
Post a Comment