Namanya pisang seribu. Ada juga yang
memanggilnya pisang belalai gajah. Dinamakan pisang seibu kerana buahnya banyak,
boleh mencapai sebiji biji setandang. Nama belalai gajah pula keran keadaan tandang
yang panjang seperti belalai gajah.
Pisang seribu ditanam lebih kepada untuk
hiasan. Biarpun mengeluarkan banyak sikat dan buah boleh mencecah lebih seribu
biji, tidak banyak yang boleh dimakan. Biasanya hanya beberapa sikat yang di
bahagian atas sahaja yang isinya agak besar dan sesuai untuk dimakan.
Buah di bahagian sikat seterusnya hanya
kecil sahaja. Macam tiada isi dan kelihatan kulit sahaja. Tandanya boleh
mencecah lebih satu meter panjang. Sebab itu, ia tidak dikomersialkan atau
ditanam untuk tujuan mendapatkan buahnya.
Jadi, jika ia ditanam, lebih kepada untuk
tujuan hiasan. Kepada yang tidak pernah melihatnya tentu akan berasa pelik dan
menarik. Sikat dan buahnya rapat-rapat sehingga tiada ruang antara sikat dan
buah, tidak seperti kebanyakan pisang lain.
No comments:
Post a Comment