Biras adalah hubungan saudara antara dua
orang (sama ada lelaki atau perempuan) yang berkahwin dengan dua adik-beradik. Penjelasan
lain maksud biras ialah pasangan (isteri atau suami) kepada ipar (kakak, abang,
adik) seseorang.
Berbiras bermaksud mempunyai hubungan
saudara selaku biras.
Hubungan biras perlu dijaga agar sentiasa
dalam keadaan baik kerana ia turut mempunyai kaitan dengan hubangan adik
beradik suami atau isteri kita.
Jika antara biras bergaduh atau mempunyai
hubungan regang, maka ia akan mempengaruhi hubungan suami atau isteri kita
dengan adik beradiknya.
Pergaduhan itu akan turut mempengaruhi
hubungan dengan ibu atau bapa mentua. Ada mentua yang akan masuk campur dalam hal
hubungan menantu-menantunya. Akan ada menantu yang dimenangkan atau disokong.
Untuk menjaga hubungan biras, amalkan sikap
dan perasaan bahawa biras kita itu sama seperti adik beradik. Kasih sayang dan
hubungan akan lebih akrab.
Paling penting cara untuk menjaga hubungan
biras ialah jangan ada sikap dengki dan adu domba. Jangan gunakan kedudukan
mentua untuk kepentingan diri. Hiduplah dengan penuh kasih sayang dan saling
menghormati.
No comments:
Post a Comment