Saturday, 4 February 2023

DIET MEDITERRANEAN KAWAL BERAT BADAN

 
Buat mereka yang berusaha untuk mengurangkan berat badan atau ingin mengekalkan kesihatan, terdapat banyak cara diet yang dicadangkan oleh pakar kesihatan dalam menjaga pemakanan harian.
 
Antaranya, diet Mediterranean yang mana gaya hidup ini telah dinobatkan sebagai diet keseluruhan terbaik selama lima tahun berturut-turut menurut US News & World Report.
 
Apa itu diet Mediterranean? Diet Mediterranean adalah diet yang paling sihat di dunia, di mana ia menekankan tentang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kekacang dan juga minyak zaitun.
 
Tidak dilupakan juga pengamalan diet ini dapat membantu dari segi:
- Penurunan berat badan yang lebih baik
- Kawalan tahap glukosa darah (gula) yang lebih baik
- Mengurangkan risiko kemurungan
- Penurunan tahap keradangan
 
Terdapat banyak kelebihan dalam mengamalkan diet Mediterranean ini, dan salah satu daripadanya adalah untuk menurunkan berat badan. Ia terbukti berkesan menurunkan lebih banyak berat badan dengan diet ini, berbanding dengan diet rendah lemak, seperti yang dilaporkan dalam jurnal Systematic Review of the Mediterranean Diet for Long-Term Weight Loss.

No comments:

Post a Comment