Apa yang ada di dunia ini adalah perhiasaan. Memang kita memerlukan kepadanya untuk menjalani kehidupan, tetapi jangan sekali kita leka dengan perhiasan tersebut. Apa yang ada itu adalah satu bentuk ujian.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya
Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana
kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.” (Surah
al-Kahf, ayat 7)
Dunia dan segala isinya adalah sekadar
perhiasan untuk menyerlahkan sifat keindahannya.
Keindahan perhiasan dunia bertujuan untuk
menguji manusia , siapakah yang berhati2 dengan dunia agar tidak gagal dalam
ujian. Rasulullah SAW juga mengingatkan kita tentang indahnya pesona dunia
dalam hadis berikut:
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya
dunia ini manis dan kehijauan (enak dan menyenangkan). Sesungguhnya Allah telah
mengangkat kalian menjadi Khalifah dan Dia melihat apa yang kalian lakukan.
Maka peliharalah diri kalian daripada ujian dunia dan ujian kaum wanita.
Sesungguhnya fitnah terawal berlaku kepada Bani Israel adalah fitnah kaum
wanita.” (Hadis riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain disebut bahawa dunia
tiada nilai sedikit pun di sisi Allah. Justeru itu, Allah SWT mengingatkan
orang-orang beriman agar lebih mengutamakan akhirat berbanding dunia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kalaulah
dunia ada nilai di sisi Allah yang menyamai nilai sebesar sayap nyamuk, nescaya
tidaklah Dia memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air.” (Hadis
riwayat Tirmizi)
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tidak
(dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-Anam, ayat 32)
Sesungguhnya bekalan untuk kehidupan negeri
akhirat amat penting. Salah satu perkara baik yang dilakukan untuk mendapat
bekalan akhirat ialah melalui sedekah.
Sesungguhnya banyak golongan yang amat
memerlukan bantuan orang lain untuk meneruskan kelansungan hidup.
Anda boleh bersama-sama membantu mereka
yang memerlukan bantuan melalui Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan
melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah
pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment