Monday 25 July 2022

POKOK BEBARU TUMBUH DI TEPI SUNGAI

  
Pokok bebaru terdapat di kawasan pesisiran pantai yang berpasir iaitu di bahagian lapisan belakang hutan paya laut dan juga terdapat di tepian sungai. 
 
Pokok bebaru juga dikenali dengan nama pokok baru-baru adalah sederhana tinggi dengan mempunyai dahan yang banyak serta daun-daun lebar yang lebat. Sebab itu, kawasan tepi sungai yang terdapat pokok bebaru sukar untuk dilalui dan menutup pemandangan. 
 
Ianya mempunyai bunga berwarna kuning dan buah adalah jenis kapsul yang berbentuk bulat. 
 
Pokok bebaru boleh dibiakkan dengan mengasingkan anak pokok dari rumpun induk. Ia juga boleh ditut pada batang pokok yang lurus dan sihat. Cara ini akan menghasilkan pokok bebaru yang tidak berumpun atau `single trunk' dan sesuai untuk dijadikan sebagi pokok teduhan di kawasan pantai atau kuala sungai. 
 
Pokok bebaru menjadi tumpuan tempat kelip-kelip atau kunang-kunang tinggal. Tambah-tambah lagi jika di kawasan sama ada pokok berembang. Jadi, kawasan yang tumbuh pokok bebaru dan pokok berembang terdapat banyak kelip-kelip.
 

 

No comments:

Post a Comment