Penduduk
Kampung Pulau Kundor dan Kampung Pantai Kundor, Mukim Badang mengadakan aktiviti gotong royong membersikan
kawasan bahu jalan di kampung berkenaan. Aktiviti gotong royong satu tradisi penduduk
Kampung Pulau Kundor dan Kampung Pantai Kundor yang bukan sahaja memotong dan membersihkan bahu jalan,
bahkan dalam aktiviti lain untuk kepentingn bersama.
Melalui
aktiviti gotong royong akan mewujudkan semangat kebersamaan dan bersatu hati
untuk melaksanakan sesesuatu aktiviti. Mereka melakukan dengan hati yang ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang upah atau kepentingan untuk diri sendiri.
Semangat
gotong royong wajar diperkasakan dalam masyarakat agar ia terus subur diamalkan
untuk kepentingan bersama.
No comments:
Post a Comment