Friday, 21 January 2022

PULUT TIDAK SESUAI UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS

  
Pulut merupakan sejenis bijirin yang tergolong dalam kumpulan karbohidrat. Pulut menyerupai beras namun warnanya tidak berkilat. Kandungan amilopektin (sejenis bahan kanji bersifat melekit) yang tinggi dalam pulut menyebabkan bijirin ini melekit apabila dimasak. 
 
Pulut digunakan secara meluas dalam masakan seperti bubur pulut hitam, pulut kuning, lemang, wajik, pulut panggang dan pelbagai lagi. 
 
Jumlah karbohidrat bagi satu sudu makan pulut bersamaan dengan satu senduk nasi. Justeru, bagi mereka yang menghidapi kencing manis perlulah berhati-hati dengan kuantiti pulut yang diambil. 
 
Pulut tergolong dalam kumpulan karbohidrat dan mempunyai indeks glisemik (IG) yang sangat tinggi. Indeks glisemik merujuk kepada berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makan makanan tersebut. 
 
Lagi tinggi IG makanan, lagi cepat paras gula akan naik. IG makanan diberi dari skala 1 hingga 100. Makanan yang mempunyai IG 70 dan keatas adalah makanan tinggi IG. Antara makanan lain yang tinggi IG ialah ubi keledek, kurma, nanas, madu, gula dan donat.

No comments:

Post a Comment