Laksa Beris cukup terkenal sedap dan berkualiti. Sejarah perniagaan jenama Laksa Beris asalnya dimulakan oleh Tok Mek Chu yang berasal dari China. Disebabkan Tok Mek Chu berbangsa Cina, orang Melayu tidak berminat untuk membeli barangan yang dibuat oleh beliau. Perniagaan tidak mendapat sambuatan biarpun laksa yang dihasilkan sedap.
Untuk meneruskan pembuatan laksa, Tok Mek Chu menyerahkan perniagaan kepada sahabat baiknya, Tok Yoh Samad. Tok
Yoh Samad telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1986. Alhamdulillah,
perniagaan itu telah mendapat sambutan.
Selepas
Tok Yoh Samad meninggal, perniagaan tersebut telah diteruskan oleh generasi
beliau turun temurun hingga kini. Perniagaan ini bukan sahaja terkenal di
negeri Kelantan, malahan telah keseluruh negeri mendapat sambutan.
Pada
2009, pengusaha Laksa Beris telah membuka sebuah kilang yang besar dan separuh
pengoperasian kilang telah menggunakan teknologi moden dalam operasi
pemperosesan laksa.
Selain
laksa, kilang ini juga menghasilkan laksam atas permintaan pelanggan.
Laksa
yang dihasilkan tahan lama dan tidak mudah basi. Kuah laksa juga lemak menepati
selera pelanggan. Penjualan dibuat secara runcit, borong dan juga set lengkap (laksa + ulam + kuah + sambal).
No comments:
Post a Comment