Ketam ragi hidup di dalam air laut, terutama di kawasan tepi
pantai. Ketam ragi mudah ditangkap menggunakan umpan yang dipasang pada bilah
buluh.
Biasanya umpan paling digemari ketam ragi ialah kepala ayam yang agak
busuk dan juga perut ayam. Ikan kering yang berbau juga menarik minat ketam
ragi untuk makan umpan itu.
Apa yang menarik tentang ketam ragi apabila dilepaskan di
atas pasir di gigi air, ketam ragi bukan bergerak menuju ke dalam air.
Sebaliknya, ketam ragi akan lebih selesa mengorek pasir untuk melepaskan diri.
Jika dibiarkan, ketam ragi mampu menyembunyikan diri di dalam pasir. Pergerakan
menggali lubang dilakukan dengan kaki dan penyepit yang pantas.
Ketam ragi tidak agrasif seperti ketam nipah. Jika diletakkan di dalam bekas, ketam ragi seperti 'selesa' berada di situ dan tidak
ada usaha untuk melepaskan diri.
Jika pergi menangkap ketam ragi, tidak perlu
guna bekas yang berpenutup. Cukup sekadar bekas yang boleh menghalang ketam
ragi bergerak bebas.
Ketam ragi ada sepit, tetapi kuasa sepitan tidak kuat. Sebab
itu, jika jari disepit ketam ragi, tidak rasa terlalu sakit dan mudah untuk
dilepaskan.
Bentuk ketam ragi seakan-akan leper bulat. Ukuran sekadar bergaris
pusat kira-kira 3 cm. Kaki dan penyepit agak pendek berbanding ketam jenis
lain. Warna kulitnya kelabu.
No comments:
Post a Comment