Isu babi memang
sensitif di kalangan orang Islam di Malaysia. Malah, hendak sebut "babi" pun rasa jijik. Maka, untuk mengelak sebut perkataan "babi", maka namanya ditukar kepada nama
khinzir. Namun biarpun ditukar nama, babi tetap babi, haram dan
menjijik bagi orang Islam.
Hukum haram makan babi disebut dengan jelas
dalam dua ayat ini. Dalam ayat pertama Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah
hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula
melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah,
ayat 173)
Dalam ayat kedua pula Allah SWT berfirman:
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat
yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih
atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik."
(Surah al-Maidah, ayat 3)
Dalam dua ayat al-Quran di atas disebut
dengan jelas babi haram dimakan.
Istilah makanan yang berkaitan dengan babi.
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label yang bertulis 'This product
contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi
bahan daripada babi.
Selain itu, antara label yang kerap digunakan
adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari
gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan
dalam produk yang mengandungi unsur babi:
- Pork - daging babi di dalam masakan.
- Swine - digunakan untuk keseluruhan
kumpulan spesis babi.
- Hog - babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
- Boar - babi liar.
- Lard - lemak babi yang digunakan bagi
membuat minyak masak dan sabun.
- Bacon - daging haiwan yang disalai,
termasuk babi.
- Ham - daging pada bahagian paha babi.
- Sow - babi betina dewasa (jarang
digunakan).
- Sow Milk - susu babi.
- Pig - babi muda.
- Porcine - sesuatu yang berkaitan atau
berasal daripada babi.
No comments:
Post a Comment