Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur menjadikan Majlis Peringati Ahad dan Peletakan Karangan Bunga di Tugu Negara sebagai acara tahunan. Acara tradisi ketenteraan itu bagi memperingati dan menghargai jasa veteran tentera British yang pernah berkhidmat di Malaysia.
Acara untuk tahun 2024 telah diadakan pada 10 November 2024, telah disempurnakan dengan kehadiran Pemangku
Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Wallace.
Ketibaan beliau disambut olah Kepten A. J. Stockbridge (Royal Navy). Ketibaan Wallace
diiringi tiupan bagpipe dari 1st Battalion Royal Gurkha Rifles (RGR).
Acara telah dimulakan dengan ucapan
alu-aluan oleh Wallace, kemudian nyanyian koir oleh pelajar Sekolah
Antarabangsa Bandar Taman, tiupan bagpipe dan tabik hormat daripada semua staf
beruniform serta bertafakur selama 2 minit.
Acara diakhiri dengan acara meletakkan karangan
bunga. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duta dan Penasihat Pertahanan
daripada Negara-negara Komanwel dan ahli-ahli veteran ATM.
Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar
Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng telah mewakili Panglima Angkatan Tentera dan
Angkatan Tentera Malaysia amnya dalam acara tersebut.
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali
sebagai Tugu Negara adalah sebuah monumen nasional dan telah disiapkan pada 8
Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur
dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan
semasa Darurat (1948-1960).
Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur
berhampiran dengan bangunan Parlimen. Acara ini adalah bagi memperingati
tentera Negara-negara Komanwel serta orang awam yang telah terkorban.
Kehadiran Johnny Lim Eng Seng dan beberapa
pegawai kanan ATM juga mengukuhkan aspek diplomasi pertahanan.
No comments:
Post a Comment