Thursday 7 October 2021

TIGA PERKARA JANGAN DIBERITAHU ORANG RAMAI

  
Bijak pandai mengingatkan ada tiga benda atau perkara jangan beritahu pada orang ramai. Terutama sekarang ini di media sosial. 
 
Perkara tersebut ialah: 
 
- Harta kita. Tunjuk harta bukan sunnah Rasulullah SAW. Itu amalan golongan materialistik atau kebendaan. Hendak berniaga kena tunjuk duit dan segala benda mewah bagi menarik orang membeli. Kemewahan digunakan untuk meraih pujian dan kemegahan diri.
 
- Umur kita. Contoh, sebelum ini elok mengaji menuntut ilmu. Kemudian bila tahu umur mulalah hilang hormat sebab mungkin kita lebih berumur dari yang mengajar. 
 
- Keluarga kita. Jangan terlalu berminat selalu cerita di media sosial pasal keluarga kita. Setiap hari muat naik gambar-gambar diri atau keluarga kerana akan menimbulkan kedengkian. Perkara ini boleh menyebabkan sesuatu tidak elok pada keluarga kita.
 
Gambar di Jeti Pulau Seratus tiada kaitan dengan tulisan ini. Sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment