Kompleks peranginan puncak Bukit Larut.
Bukit yang terletak di Taiping, Perak merupakan pusat
peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Ketinggiannya kira-kira 1,250 meter
dari aras laut.
Bukit Larut dibangunkan sebagai pusat peranginan tanah
tinggi sejak tahun 1884 oleh Penolong Residen British di Larut, William Edward
Maxwell.
Sebab itu nama bukit tersebut dikenali sebagai Maxwell Hill, sebelum ditukar
kepada nama Bukit Larut pada 1979.
Jarak jalan bertar dari kaki bukit sehingga ke punca adalah sekitar 10
kilometer. Dikatakan puncak bukanlah bermakna puncak tertinggi, tetapi lebih
merujuk kepada kompleks atau pusat yang mengandungi bangunan seperti rumah
penginapan atau rumah rehat. Ia juga lebih dikenali sebagai "stesen".
Laluan bertar itu boleh diteruskan ke stesen pemancar
telekomunikasi (1,376 meter dari aras laut) sejauh 4.4 kilometer ke hadapan
lagi iaitu hampir dengan puncak Gunung Hijau yang berketinggian 1,449 meter
dari aras laut.
Antara rumah rehat atau penginapan dan binaan yang di puncak
Bukit Larut ialah Rumah Peranginan Bukit Larut, Kuil Sri Kaliaman, Rumah Rehat
Angkasa, Rumah Rehat Sri Permai dan Rumah Rehat Bukit Larut.
Bangunan lain ialah Rumah Rehat Beringin, Rumah Rehat
Cendana, Rumah Rehat Tempenis, Rumah Rehat Sri Kayangan, Rumah Rehat NEST dan
Rumah Rehat Gunung Hijau.
Kedudukan setiap bangunan atau binaan itu agak jauh
antara satu sama lain. Keindahan alam sekitar masih terpelihara dengan
keindahan hutan dan tanaman hiasan.
Gambar - Mercu tanda di puncak Bukit Larut.

No comments:
Post a Comment