Seksyen 3J LTU bakal dibuka. Kementerian Kerja Raya (KKR)
dijangka akan mengumumkan pembukaan Seksyen 3J Lebuh Raya Lingkaran Tengah
Utama (LTU) dalam masa terdekat.
JKR Lipis telah menjalankan pemeriksaan dan pengujian sistem
lampu isyarat di Persimpangan Kuala Lipis (LTU-FT034) pada 14 September 2026. Ia
sebagai persediaan awal sebelum pembukaan laluan Seksyen 3J (Kampung Seberang
Jelai ke Kampung Relong) sepanjang 6.65 kilometer.
Dengan pembukaan Seksyen 3J kelak, pengguna dari arah Raub
akan memasuki jajaran LTU melalui Persimpangan Kuala Lipis ini untuk meneruskan
perjalanan ke arah Gua Musang.
Dalam masa yang sama, pelaksanaan Seksyen 4B: Ladang Jerkoh - Sega Lama
sepanjang 10.25 kilometer kini sedang giat dalam pembinaan.
Tarikh siap dijangka pada 30 Januari 2027 dengan kemajuan Kerja fizikal
sehingga Ogos 2026 adalah 75.01%
Apabila Seksyen 4B siap sepenuhnya kelak, keseluruhan jajaran LTU di daerah
Lipis akan bersambung sepenuhnya, sekali gus menyediakan jaringan perhubungan
yang lebih lancar dan berterusan kepada pengguna.
Pengguna akan dapat menikmati perjalanan yang lebih berkesinambungan dari
Persimpangan Mempaga, Bentong (LPT1) sehingga ke sempadan Gua Musang, melalui
jajaran LTU.
Sumber JKR Pahang
Kredit pemilik gambar.

No comments:
Post a Comment