Apa beza ikan puyu biasa dengan puyu siam? Kedua-duanya
spesies yang sama (Anabas testudineus). Perbezaan hanya dari segi pemilihan baka dan cara penternakan. Ikan puyu siam adalah baka ternak. Perbezaan utamanya adalah dari segi saiz,
tabiat pemakanan, dan warna akibat faktor baka ternakan dan pembiakan.
Puyu siam menjalani proses pemilihan baka (selective
breeding) dan diberi makanan tinggi protein, manakala puyu biasa hidup liar di
perairan semula jadi (seperti tali air dan sawah).
Puyu siam lebih cepat membesar dan boleh mencapai saiz jauh
lebih besar sehingga 600 gram seekor, berbanding puyu tempatan yang biasanya
bersaiz lebih kecil kerana pemakanan semula jadi.
Daging puyu siam mempunyai isi yang lebih tebal dan gemuk
(kerana diet komersial), sementara puyu biasa lebih nipis.
Jika puyu siam dilepaskan ke perairan dari generasi ke
generasi ia membiak fizikalnya akan beransur jadi seperti ikan puyu liar
semula.
Jadi, ikan puyu yang di Thailand pun sama saja dengan di
Malaysia, cuma yang diternak telah diasuh dengan teliti untuk pasaran
komersial.
Keupayaan penternak di Thailand memang hebat. Mereka mampu
menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah biarpun daripada baka yang sama
dengan Malaysia.
Kejayaan ini perlu dicontohi penternak di Malaysia. Bukan
sekadar mengimport baka saja, tetapi dapatkan juga ilmu dan kepakaran mereka.
Kita perlu melakukan inovasi dan tiruvasi agar produk
Malaysia setanding dengan Thailand.
Gambar - Ikan puyu siam yang lebih besar dan tebal

No comments:
Post a Comment