Permainan wau atau layang-layang memang
terkenal di Kelantan sejak dahulu lagi. Tradisi tersebut diteruskan pada masa
sekarang, biarpun tidak sehebat dahulu.
Majalah LIFE terbitan di Amerika Syarikat
pada bulan Oktober 1951 pernah menerbitkan gambar-gambar pertandingan wau yang diadakan
di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Ketika itu
PCB dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi.
Gambar yang dirakamkan Howard Sochurek, jurufoto
Life disiarkan pada Oktober 1951 dengan tajuk Beach Of Passionate Love (Pantai
Cinta Berahi).
Gambar yang dirakamkan itu menunjukkan
suasana sambutan “Tanding Wau” yang berlangsung di PCB. Kemeriahan amat jelas
kelihatan. Banyak penduduk yang hadir untuk menyaksikan pesta tersebut.
Melihatkan kepada banyaknya yang hadir,
biarpun pada ketika itu penduduk setempat tidak ramai dan pengangkutan agak
terhad, jelas menunjukkan bahawa pesta itu satu acara yang turut mendapat
sambutan hangat penduduk dari kawasan luar PCB. Mereka sanggup berjalan kaki
dari tempat yang jauh semata-mata untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
PCB antara pantai peranginan terawal di
Kelantan juga dikenali dengan nama Paitai Semut Api di kalangan penduduk
tempatan kerana ia terletak di Kampung Semut Api.
Catatan - Life adalah majalah diterbitkan
di Amerika Syarikat setiap minggu dari tahun 1883 hingga 1972, sebagai
"istimewa" secara tidak berkala sehingga tahun 1978, kemudian sebulan
sekali dari tahun 1978 hingga 2000, dan kemudian secara dalam talian sejak
tahun 2008.
PCB dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi.
No comments:
Post a Comment