Sunday, 31 October 2021

SEMENTARA JANTUNG MASIH BERDEGUP

 
Orang paling teruk nak dilayan ialah, orang yang miskin minda.
- Apabila bagi free, mereka akan kata, itu perangkap.
- Apabila diberitahu ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangannya sikit sangat.
- Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.
- Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
- Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.
- Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
- Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.

Mereka ini, mempunyai beberapa persamaan :-
– Mereka suka bertanya di Google.
– Suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga.
– Berfikir lebih banyak daripada seorang professor, tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta.

Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.

Kesimpulan yang boleh dbuat,
"Sementara jantung anda sedang berdegup kencang, apa kata, buat je kerja laju-laju. Daripada asyik berfikir tak habis-habis, lebih baik buat sesuatu”

Orang miskin ini ada satu persamaan. Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.

Jack Ma
Pengasas Alibaba
 
Gambar: Bukit Keluang lokasi hiking di Kuala  Besut.

No comments:

Post a Comment