Friday 15 October 2021

PANTAI KUNDUR TUMPUAN PENGUNJUNG

  
Pantai Kundur terletak lebih kurang 10 km dari pusat bandar Kota Bharu dan terletak hanya bersebelahan Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Mek Mas. 
 
Untuk ke sini, dari pusat bandar Kota Bharu, pengunjung perlu melalui Jalan Pantai Cahaya Bulan sehingga ke simpang tiga ke Kuala Besar, kemudian terus menuju ke Kuala Besar sehingga tiba di simpang tiga yang menunjukkan arah ke Pantai Kundur. 
 
Dari situ, perjalanan seterusnya melalui jalan kampung sejauh 3 km akan membawa pengunjung ke kawasan pantai yang menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. 
 
Apa yang menarik tentang Pantai Kundur adalah keadaan pantainya yang sunyi, terselindung. 
 
Pengunjung tidak akan hampa dengan lawatan ke Pantai Kundur kerana di sini juga terdapat satu tinggalan sejarah yang amat menarik iaitu sebuah kubu tentera British yang dibina sekitar tahun 1940 bagi menghadapi serangan tentera Jepun ketika itu. 
 
Keadaan kubu masih kukuh, biarpun  agak terbiar. Seharusnya, ia perlu dipelihara sebagai satu tinggalan sejarah berkaitan Perang Dunia Kedua. 
 
Kerja-kerja menaiktaraf Pantai Kundur giat dijalankan termasuk menyediakan kemudahan asas seperti tandas, musalla, taman permainan, kerusi rehat, laluan trek joging dan kiosk. 
 
Pantai Kundur akan menjadi pusat peranginan pilihan keluarga suatu masa nanti. Suasana redup dengan deretan pohonan rhu menjadikan ianya salah satu lokasi yang mesti dikunjungi. 
 
Kemudahan asas seperti tandas, musalla, taman permainan, kerusi rehat, laluan trek joging, kiosk akan turut disediakan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung. 
 

 

No comments:

Post a Comment